malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kibaran bendera BN di sepanjang jalan  ke pejabat Dr M
Diterbitkan:  Apr 12, 2018 8:26 AM
Dikemaskini: 1:05 AM
ADS

PRU14 | Ketika demam pilihan raya semakin panas, bendera BN kelihatan berkibar di sepanjang jalan menuju ke pejabat pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya.

Beberapa bendera dinaikkan di sepanjang lorong pusingan-U kecil di luar pintu pagar Yayasan Kepimpinan Perdana.

Seorang pegawai keselamatan di situ memberitahu Malaysiakini bahawa bendera itu dinaikkan pada hari Isnin.

"(Dr Mahathir) telah meminta kami biarkan sahaja bendera tersebut di situ.

"Lagi pun, jalan itu milik pihak berkuasa tempatan (Perbadanan Putrajaya) (PPJ). Harta kami hanya dari pintu pagar dan seterusnya," kata pegawai itu yang tidak mahu namanya disebut, malam tadi.

Bagaimanapun, selepas konsert mengumpul dana di Yayasan Kepimpinan Perdana, sekumpulan belia dilihat menurunkan beberapa bendera.

Mereka berhenti berbuat demikian apabila mereka sedar mereka sedang diperhati.

Setakat ini, tidak kelihatan bendera dengan logo 'mata' PKR - logo bersama HARAPAN - di kawasan utama Putrajaya.

Hari pengundian ditetapkan pada hari Rabu, 9 Mei.

Putrajaya adalah salah satu kerusi di mana Dr Mahathir disebut-sebut mungkin bertanding pada PRU14.

Bagaimanapun, sumber-sumber telah mengesahkan bahawa calon perdana menteri Pakatan Harapan itu mungkin bertanding di kerusi Parlimen Langkawi.

Dr Mahathir sendiri telah menghadiri ceramah di beberapa kubu kuat tokoh-tokoh BN, termasuk di kawasan Parlimenn Perdana Menteri sementara, Datuk Sri Najib Razak di Pekan.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen