malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Pempolitikan punca masalah Felda, kata kajian terbaru
ADS

Satu kajian terbaru yang dijalankan oleh Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) memberi tumpuan kepada pempolitikan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, yang dikatakan menyumbang kepada beberapa siri skandal yang menimpa Felda dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Antara lain, pemantau antirasuah itu menegaskan kuasa terhadap Felda telah beralih dari golongan birokrat kepada ahli politik sejak tahun 2001.

Ia kemudiannya lebih terpusat di bawah Jabatan Perdana Menteri yang berada di bawah tanggungjawab Datuk Seri Najib Abdul Razak pada tahun 2004, ketika beliau masih timbalan perdana menteri.

Penyelidik undang-undang C4, Rahayu Mumazaini, yang menjalankan kajian itu bersama pakar ekonomi Universiti Malaya, Edmund Terence Gomez, berkata peralihan kuasa berkenaan pada tahun 2001 berikutan pilihan raya umum 1999 setelah BN mengalami kehilangan sokongan orang Melayu.

Sebelum itu, beliau berkata lembaga pengarah Felda dipengerusikan oleh mereka yang mempunyai latar belakang profesional atau dari sektor perkhidmatan awam, kecuali anggota Umno Tan Sri Musa Hitam, yang memegang jawatan itu dari September 1971 hingga Disember 1972.

Mulai Julai 2001, lembaga pengarah Felda diketuai oleh pemimpin Umno, bermula dengan Tan Sri Mohd Yusof Noor dan diikuti oleh Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, dan kini Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Ahli politik Umno juga mengetuai anak-anak syarikat Felda termasuk Felda Global Ventures, Felda Investment Corporation dan FIC Properties sehinggalah di kemuncaknya ketika Isa Samad menjadi pengerusi Felda.

Pada tahun 2004, Rahayu (gambar) berkata perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan Felda di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan seliaan Najib.

Najib mengekalkan kawalan itu ketika beliau dilantik sebagai perdana menteri pada tahun 2009, katanya.

Sebelum itu, sejak 1956 Felda sentiasa berada di bawah bidang kuasa kementerian yang bertanggungjawab untuk pembangunan luar bandar atau tanah.

"Apa yang ditunjukkan di sini ialah walaupun kuasa berada pada ahli politik dengan pengawasan menteri, ia membuang satu lapisan dalam rantai pelaporan.

"Sekiranya menteri bertanggungjawab sepatutnya melaporkan kepada perdana menteri, sekarang perdana menteri yang mempunyai pengawasan atas pelaporan Felda kerana beliau berada di hirarki paling atas," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen