malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Akhbar Indonesia: Taktik manipulasi Najib sama seperti Suharto
Diterbitkan:  Apr 11, 2018 11:58 AM
Dikemaskini: 4:06 AM
ADS

Sebuah akhbar Indonesia menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai sama seperti bekas negara itu, Suharto yang mengamalkan taktik manipulasi.

"Bagi orang Indonesia, taktik manipulasi yang digunakan pemimpin Malaysia, Najib Razak untuk menang dalam pilihan raya mengingatkan mereka pada bekas Presiden Suharto sepanjang 32 tahun memerintah, Kata Jakarta Post dalam rencana editorialnya semalam.

Kata rencana itu, antara taktik "primitif" yang digunakan Najib untuk memenangi PRU ke-14 adalah menekan pembangkang, memanipulasi orang Melayu agar takut kepada golongan minoriti, 'menulis semula' undang-undang pilihan raya serta mengawal media arus perdana dan sosial.

"Najib telah gunakan dan akan terus mengguna taktik primitif seumpama itu untuk menang pilihan raya.

"Seperti Suharto (gambar), Najib telah membunuh walau peluang paling kecil untuk pembangkang menyertai pilihan raya akan datang," akta rencana itu lagi.

'1MDB ke bawah karpet'

Rencana itu turut menyatakan isu 1MDB, yang dikatakan melibatkan Najib dan orang yang dekat dengannya, telah disembunyikan 'di bawah karpet'.

Najib konsisten menafikan penglibatannya dalam skandal itu.

Jakarta Post juga membangkitkan soal pembubaran sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebaik sebelum pilihan raya.

"Lebih tragik, Mahathir yang memerintah Malaysia sejak 1981 hingga 2003, dan kini berusia 92 tahun, adalah satu-satunya alternatif yang ada.

"Najib belajar daripada Mahathir tentang bagaimana untuk melayan pembangkang dan golongan minoriti," katanya.

Akhbar itu kemudian menggesa warga Asean agar berwaspada dalam membenarkan pemimpin memegang kuasa tanpa kawalan yang efektif.

Tarikh PRU ke-14 telah ditetapkan pada 9 Mei ini, iaitu pada Rabu.

Mahathir juga telah berkata BERSATU akan terus bergerak sebagai parti sehingga ia dibubarkan secara kekal.

Sementara itu, semua parti komponen Pakatan Harapan telah bersetuju untuk bertanding dalam PRU ke-14 dengan menggunakan logo PKR bagi menunjukkan kesatuan mereka.

Lihat Komen