malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Hadi: Baiah taklik di Kelantan kekal
Diterbitkan:  Apr 11, 2018 12:00 PM
Dikemaskini: Apr 12, 2018 7:08 AM
ADS

[Setiausaha Akhbar Presiden PAS Abdul Malik Ab Razak berkata berita di bawah disalah tafsir daripada maksud sebenar.

Laporan Malaysiakini di bawah memetik Berita Harian. Malaysiakini tidak menokok-nambah atau membuat tafsiran sendiri. Laporan asal itu boleh dibaca di pautan ini:
https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian5831/20180411/281668255552956.]

Baca: Penjelasan isu baiah taklik oleh setiausaha akhbar presiden PAS


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, partinya itu akan mengekalkan sumpah taklik cerai talak tiga bagi calonnya di Kelantan bagi memastikan tiada lagi peristiwa calon lompat parti.

Hadi berkata, PAS akan terus memperkasakan sumpah berkenaan bagi memastikan sekiranya terdapat wakil rakyat mereka yang tidak berpuas hati terhadap parti, tiada insiden lompat parti berlaku.

"Baiah adalah konsep kesetiaan terhadap dasar dan matlamat perjuangan parti, tidak khianat.

“Misalnya, jika seseorang wakil rakyat (PAS) tidak puas hati dengan parti, dia tidak boleh keluar (parti) kecuali letak jawatan dan bertanding pilihan raya semula.

"Walaupun jika ikut undang-undang tidak begitu, secara moralnya dia mesti letak jawatan. Sebab itulah kita mahu memperkasakan lagi sistem ini," katanya yang dipetik sebagai berkata dalam laporan Berita Harian.

Laporan sama turut dilaporkan akhbar Umno Utusan Malaysia.

Selain itu, Hadi berkata lagi, PAS kekal dengan pendirian untuk melaksanakan lafaz baiah terbabit meskipun ada yang menyifatkannya sudah ketinggalan zaman.

Jelasnya, wakil rakyat PAS terikat dengan janji itu selagi mereka memegang jawatan atau mereka sanggup hidup dalam kemurkaan Allah jika keluar parti tanpa mengikut syarat yang dipersetujui.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen