malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Polis siasat kes komen jelik pada TMJ seperti biasa'
Diterbitkan:  Apr 10, 2018 12:39 PM
Dikemaskini: 4:46 AM
ADS

Polis Johor mengesahkan menerima laporan berhubung komen jelik terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, sehingga jam 9 malam, pihaknya ada menerima laporan berhubung perkara itu, lapor Harian Metro.

"Kami ada terima laporan (berhubung komen terhadap kenyataan TMJ) dan siasatan sedang dijalankan.

“Itu sahaja saya boleh maklumkan ketika ini. Berapa jumlah laporan saya tidak dapat kongsikan buat ketika ini.

"Polis akan siasat kes ini seperti biasa dan menyiapkan kertas siasatan sebelum dibawa ke pihak pendakwa raya," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Banyak warga maya tampil menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap komen TMJ yang dikatakan mengkritik calon perdana menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad.


Baca: TMJ selar pemimpin lidah bercabang


TMJ kemudian menjelaskan beliau memberikan pendapat dengan ikhlas demi kebaikan negerinya.

Baginda juga menegaskan ia pendapat peribadi dan tidak menyebelahi mana-mana parti politik atau individu.

Lihat Komen