malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Zam: Keling tak menghina, Dr M pun keturunan Keling
Diterbitkan:  Apr 9, 2018 1:32 PM
Dikemaskini: 5:41 AM
ADS

Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas menteri yang pernah berkhidmat dalam kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini mempertahankan bekas bosnya dalam isu penggunaan perkataan “Keling”.

Katanya, beliau sendiri pernah digelar dengan perkataan itu tetapi tidak menganggapnya sebagai satu penghinaan.

“Bapa saya Malabar dan saya dipanggil anak Keling ketika bersekolah.

“Saya tak anggap panggilan ini menghina hinggalah timbul dalam parlimen dan terkini MIC jadikan isu politik kaum kerana Mahathir gunakannya, sedangkan Mahathir juga keturunan Keling.

“Miskin modal?” tulisnya di Twitter.


Baca: Ambiga minta Dr M berhenti guna 'Keling'


Mahathir kelmarin menggunakan istilah yang dianggap memperlekehkan orang India itu dalam kecamannya terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Pagi ini kita dengar konco-konco (Datuk Seri najib Razak), termasuk pengerusi SPR (Datuk Seri Hashim Abdullah) berkata kononnya untuk guna satu simbol kita kena merangkak dan menyembah orang ini untuk mendapatkan kebenaran.

"Saya nak guna perkataan keling. Orang keling kata, 'podah'.

"Mana undang-undangnya (yang mengatakan kita tidak boleh guna logo yang sama), peraturan ini baru dibentuk pagi ini," katanya dalam majlis kutipan dana di Muar.

Lihat Komen