malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Sah! ADUN PAS Paya Jaras masuk PKR
Diterbitkan:  Apr 9, 2018 12:47 AM
Dikemaskini: 4:54 PM
ADS

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, Mohd Khairuddin Othman telah meninggalkan parti itu untuk masuk PKR dan dijangka mempertahankan kerusi beliau untuk parti barunya.

Selaku calon PAS dahulu, Khairuddin menang DUN Paya Jaras dalam cubaan kedua beliau, mendapat 14.3 peratus majoriti undi menewaskan calon BN.

Kemasukan beliau ke dalam PKR disahkan malam tadi dalam suatu ceramah di Sungai Buloh.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerima borang keanggotaan beliau dan menjelaskan Khairuddin sebagai seorang 'kawan yang dihormati'.

"Sesiapapun yang yakin dengan perjuangan Pakatan Harapan, sesiapa yang berhasrat mengutamakan agenda reformasi, kami mengalu-alukan mereka bersama HARAPAN," kata Azmin.

Masalah Khairuddin dengan PAS menjadi semakin ketara pada tahun lalu apabila beliau digugurkan daripada jawatan Ketua Penerangan PAS Selangor.

Pada ketika itu, terdapat desas-desus mengatakan beliau digugurkan kerana kelihatan 'terlalu mesra' dengan kakitangan kerajaan Selangor.

Walaupun PAS bermasalah dengan DAP, PKR dan AMANAH, para ADUN empat parti itu tetap meneruskan pembentukan negeri Selangor atas alasan mereka mendapat mandat memerintah ketika zaman gabungan Pakatan Rakyat.

Jika Khairuddin dicalonkan, beliau akan berhadapan beberapa cabaran getir berbanding sebelumnya.

Khairuddin perlu menangani sempadan baru SPR di Paya Jaras yang meningkatkan jumlah pengundi yang menyokong BN pada 2013.

Desas-desus pegawai khas PM 

Beliau juga mungkin akan bertanding menentang Isham Jalil, pegawai khas Perdana Menteri (kerajaan sementara) Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan akan menjadi calon BN di sana.

Akhirnya, terdapat kebarangkalian besar Khairuddin terpaksa menentang calon daripada bekas partinya, PAS.

Pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan semalam.

Dewan Undangan Negeri Selangor dijangka dibubarkan esok.

Lihat Komen