malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Orang itu akan guna lambang PKR, kata Azmin
ADS

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat melengkapi putaran roda kehidupan apabila kini bekerjasama dengan orang yang pernah menjadi seteru politik parti itu pada suatu ketika dahulu.

Pada pelancaran jentera PRU14, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan terdapat 'seseorang' yang meramalkan PKR tidak akan mampu bertahan lebih dari enam bulan dari waktu ia ditubuhkan pada 1998.

"Pada satu ketika dulu tiada ada siapa yang yakin parti ini boleh survive.

"Ada yang keluar kenyataan kata kita hanya boleh bertahan enam bulan. Dan orang yang menyatakan itu InsyaAllah akan menggunakan lambang PKR dalam PRU14," Azmin berucap di hadapan kira-kira 3,000 anggota parti itu yang berhimpun di Kompleks Belia dan Sukan di Shah Alam.

"Ini kejayaan yang telah kita capai. Tidak mudah bagi kita mencapai tahap ini," jelas beliau.

Walaupun Azmin tidak menyebut nama orang itu, ia jelas merujuk kepada kenyataan Pengerusi HARAPAN Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lalu bahawa semua calon BERSATU, DAP dan AMANAH akan bertanding di bawah logo PKR pada PRU14 ini.

Mahathir mengumumkan langkah itu sebagai tindak balas terhadap keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mengeluarkan notis pembubaran sementara BERSATU dan menolak permohonan HARAPAN mendaftarkan gabungan itu sebagai pakatan rasmi.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berkongsi pengalaman beliau menyaksikan Mahathir memakai logo PKR di bajunya dalam suatu majlis di Pasir Gudang, Johor.

"Saya nak kongsi cerita bila mantan perdana menteri, yang dulu kita panggil dia nama macam-macam, setuju untuk pakai lambang PKR.

"Kebetulan saya ada lencana PKR dalam handbag. Saya keluarkan letak atas meja depan dia. Dia ambil dan lekatkan pada baju.

"Terus saya suruh Tian Chua ambil video jadi kita ada kenangan Tun Mahathir memakai lencana PKR," kata Wan Azizah bersambut sorakan hadirin.

Tian Chua dalam ucapan beliau sebelumnya mengenang Parti Keadilan Nasional (nama PKR sebelum bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia) sebagai sebuah parti yang ditubuhkan 'di jalan raya' oleh orang-orang yang melawan apa yang mereka lihat sebagai ketidakadilan pada waktu itu.

"Beza dengan parti lain, PKR lahir dari jalan raya. Kita bukan daftar dengan ROS dulu kemudian masuk bertanding.

"Pemimpin kita berjuang, mereka dihina dan mereka ditindas," ucap Tian Chua.

 

[Baca berita penuh]

Lihat Komen