malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
SPR: Tarikh PRU14 ditetapkan selepas semua DUN bubar
ADS

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memutuskan tarikh PRU ke-14 hanya selepas menerima makluman rasmi pembubaran daripada semua Dewan Undangan Negeri (DUN), kecuali Sarawak.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, setakat ini hanya empat DUN - Perlis, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor - yang telah dibubarkan secara rasmi.

Ia susulan pembubaran Parlimen yang berkuatkuasa hari ini.

"Pada 6 April lalu SPR menerima sesalinan pengisytiharan pembubaran Parlimen ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong dan surat pemakluman rasmi daripada Yang di-Pertua Dewan rakyat.

"Namun begitu sehingga kini SPR masih belum menerima pemakluman rasmi mengenai pembubaran DUN daripada Speaker DUN negeri-negeri," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR di Putrajaya, hari ini.

"Setelah kita menerimanya, barulah kita akan menetapkan tarikh untuk mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan (tarikh PRU ke-14)," katanya lagi.

Selepas mesyuarat itu, katanya lagi, SPR akan mengumumkan hari penamaan calon, pengundian awal dan hari mengundi, serta daftar pemilih yang akan digunakan bagi PRU ke-14.

[Berita lanjut menyusul]
 

Lihat Komen