malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Berita
Mat Sabu dilarang masuk Sarawak lagi
Diterbitkan:  Apr 4, 2018 11:59 AM
Dikemaskini: 4:00 AM
ADS

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Hj Mohamad Sabu sekali lagi ditahan daripada masuk ke Sarawak.

“Beliau tiba di lapangan terbang Kuching jam 9.30 pagi ini untuk menghadiri mesyuarat parti dan ditahan ‎ketika melalui pemeriksaan imigresen,” kata setiausaha politikny Mohd Azhar Mat Dali.

Dalam kenyataan, Mohd Azhar berkata kejadian hari ini berbeza sama sekali apabila beliau minggu lalu beliau dibenarkan masuk ketika menghadiri satu program di Bintulu.

Pada 22 Mac 2016, Mohamad pernah ditahan memasuki negeri itu ketika kempen pilihan raya negeri Sarawak.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen