malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
HARAPAN dakwa ramai hadir ceramah di Perlis
Diterbitkan:  Mar 31, 2018 4:57 PM
Dikemaskini: 9:29 AM
ADS

Pakatan Harapan (HARAPAN) mendakwa kira-kira 4,000 orang hadir dalam perhimpunan di Perlis, negeri paling kecil di Malaysia, malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan Chan Ming Kai berkata kehadiran ceramah di Gunung Medan Utan Aji, Kangar sangat berbeza dengan hadirin pada tahun 2013.

"Saya pernah anjurkan sebuah ceramah besar pada 2013, yang mana kehadiran di antara 2,000 ke 3,000 orang. Tetapi majoriti yang hadir ialah orang Cina.

"(Kali ini) di samping hadirin orang Cina terdapat orang Melayu juga," katanya.

Di antara penceramah malam tadi ialah Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga mantan perdana menteri.

Kehadiran yang positif di Perlis menyusul selepas kehadiran ribuan hadirin di Guar Chempedak, Kedah pada Khamis lalu.

Anggota Parlimen DAP Liew Chin Tong yang mendakwa kehadiran kira-kira 15,000 orang berkata ia menandakan permulaan ombak perubahan tsunami Melayu yang memilih pakatan itu melawan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Namun demikian, Naib Canselor Universiti Selangor dan juga penganalisa politik Prof Datuk Dr Redzuan Othman mengingatkan kehadiran ramai orang di ceramah tidak semestinya diterjemahkan kepada kertas undi.

Redzuan memberi contoh ribuan orang hadir dalam perhimpunan ketika zaman gerakan Reformasi, tetapi PKR hanya menang lima kerusi parlimen pada 1999.

Lihat Komen