malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
DAP umum Sheikh Omar calon HARAPAN di Paloh
Diterbitkan:  Mar 31, 2018 1:09 PM
Dikemaskini: 8:38 AM
ADS

DAP mengumumkan penolong setiausaha publisitinya Sheikh Omar Ali sebagai calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Paloh pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengumumkan perkara itu ketika pelancaran bilik gerakan pilihan raya DAP Paloh di Paloh, Johor petang semalam.

"Pembukaan bilik gerakan DAP-HARAPAN di Paloh adalah simbolik dan bermakna, kerana DAP Paloh telah memulihkan rumah kedai terbakar yang telah ditinggalkan lebih dari dua dekad menjadi tempat aktiviti untuk perubahan politik, bukan hanya untuk Paloh, tapi juga untuk negeri Johor dan Malaysia," kata Lim yang merupakan Anggota Parlimen Gelang Patah dalam ucapannya.

Lim turut menyatakan keyakinan terhadap usaha menawan Johor yang merupakan kubu kuat Umno itu, meskipun persempadanan baru pilihan raya diluluskan di parlimen minggu ini.

Sheikh Omar adalah calon Melayu pertama yang diumumkan DAP dalam kempen pilihan raya yang akan datang.

Lim mendakwa BN cuba "mencuri" pilihan raya menerusi persempadanan semula yang disifatkan sebagai "gerimander paling teruk dalam sejarah negara".

Beliau berkata BN boleh menang dengan hanya 40 peratus undi popular, yang dikatakan terburuk berbanding Pilihan Raya Umum Ke-13, di mana parti itu menang dengan hanya 47 peratus undi popular.

Beliau menegaskan persempadanan baru itu menyaksikan penamaan parlimen Petaling Jaya kepada parlimen Damansara, yang menyaksikan lonjakan 150,000 pengundi berbanding 85,000 pengundi sebelum ini.

"Yang mana ia empat kali lebih banyak berbanding Sabak Bernam, dan kira-kira 10 kali dari Putrajaya," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen