Pengiklanan

    Kerajaan sahkan 1MDB bayar KWSP ikut waktu

    (Dikemaskini )

    PARLIMEN | Syarikat pelaburan negara 1MDB membayar dividen pelaburan EPF dalam syarikat itu mengikut waktu yang ditetapkan, menurut Kementerian Kewangan.

    Dalam jawapan bertulis parlimen bertarikh 22 Mac 2018 lalu, kementerian itu berkata KWSP telah melanggan bon bernilai RM200 juta yang dikeluarkan 1MDB pada 2009.

    "Bon ini mempunyai profil risiko yang rendah kerana ia dijamin sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Sehingga kini 1MDB memenuhi kesemua obligasi pembayaran balik keuntungan kepada KWSP mengikut tempoh masa yang ditetapkan pada kadar 5.75 peratus setahun," kata jawapan kementerian itu.

    Kementerian kewangan menjawab soalan anggota parlimen Datuk Mahfuz Omar (AMANAH-Pokok Sena) yang bertanya jumalah pinjaman dan pelaburan KWSP kepada 'syarikat bermasalah' seperti 1MDB dan Felda Global Ventures (FGV).

    Mahfuz bertanya proses bayaran balik dan pulangan keuntungan yang diperolehi KWSP.

    Kementerian Kewangan berkata Pengurus Dana Dalaman KWSP tidak mempunyai pegangan dalam FGV setakat 31 Disember 2017.

    Bagaimanapun, kementerian itu berkata Pengurus Dana Luaran KWSP mempunyai 'strategi yang berbeza-beza' dan mempunyai pegangan saham sebanyak 0.71 peratus dalam FGV.
     

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih