malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mahkamah tetapkan 10 Mei, kes saman Fahmi Fadzil
ADS

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 10 Mei ini, akan memutuskan permohonan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan syarikat Nuemera Sdn Bhd untuk membatalkan saman yang difailkan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkenaan kebocoran data 46.2 juta pengguna telekomunikasi.

Tarikh itu ditetapkan susulan pengurusan kes hari ini dihadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad.

Menurut Fahmi, kes ini akan ditukarkan ke Mahkamah Khas Siber. Mahkamah Khas Siber yangitu dikendalikan Hakim Mahkamah Sesyen yang khusus dan berpengalaman dalam bidang jenayah siber.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan pada Khamis lalu SKMM memohon untuk membatalkan saman ini setelah ia memfailkan pembelaan dan memetik Seksyen 272 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 menyebut SKMM dan anggotanya kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.

Syarikat Nuemera juga mempersoalkan kelayakan perundangan Fahmi dalam memfailkan saman tersebut, menyebut hanya syarikat telekomunikasi yang layak mengambil tindakan itu.

Kebocoran data itu mendapat liputan luas media pada Oktober 2017, selepas cubaan seorang pengguna tidak dikenali untuk menjual data di forum pada laman popular teknologi Lowyat.net.

Dalam saman yang difailkan beliau, Fahmi berkata maklumat peribadinya didapati telah dibocorkan dan boleh didapatkan pada beberapa laman web.

Pemimpin PKR itu mendakwa SKMM dan Nuemera gagal memastikan keselamatan maklumat peribadi dan tidak menjalankan tugas dengan betul menyebabkan berlaku kebocoran data.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen