malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pengundi S'wak berumur 150 tahun mungkin 'paling tua di dunia'
ADS

Kegiatan rutin memeriksa daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kadang-kala menghasilkan penemuan "misteri' yang meragukan.

Bagaimanapun, Abdul Aziz Isa dari DAP tidak pasti apa yang ditemuinya dan meminta soalan itu dijawab oleh SPR.

Semasa meneliti laman web rasmi SPR yang menyenaraikan butiran peribadi para pengundi di Sarawak semalam, Aziz, yang merupakan setiausaha publisiti Pemuda DAP "terkejut" apabila menyemak umur seorang pengundi, Mohd Said bin Mohd Arshad Mohd Said.

Menurut laman web tersebut, Mohd Said dilahirkan pada 1 Jan 1868, dengan nombor kad pengenalan yang tertera membuktikannya.

Bercakap kepada Malaysiakini  sejurus selepas ituAziz berkata pengundi berkenaan didaftarkan di daerah mengundi Krokop yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut dan Parlimen Miri.

"Jika maklumat ini sah seperti yang dinyatakan, ini bermakna Malaysia kini memegang rekod dunia kerana mempunyai warganegara berusia 150 tahun.

"Menurut Rekod Dunia Guinness, orang yang paling tua pernah direkodkan sehingga tahun 1997 adalah seorang wanita Perancis, Jeanne Louise Calmant (lahir pada tahun 1875) yang meninggal dunia di rumah penjagaan pada usia 122 tahun," kata Aziz (foto).

Aziz juga hairan mengapa Mohd Said yang berusia 150 tahun tidak direkodkan dalam Rekod Dunia Guinness sebagai orang tertua di dunia selepas Calmant.

Pemegang rekod semasa, menurut Rekod Dunia Guinness, adalah Nabi Tajima dari Jepun yang berusia 117 tahun. Beliau merupakan individu terakhir yang dilahirkan pada abad ke-19 .

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen