malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Isu tanah Ijok: SPRM akan panggil peneroka asal
ADS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil peneroka-peneroka asal tanah di mukim Ijok, Selangor bagi membantu siasatan kes penjualan tanah seluas kira-kira 880 hektar di kawasan itu pada harga RM1.18 bilion kepada pemaju swasta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata agensi itu mungkin memanggil mereka pada minggu depan.

Setakat ini, lima suspek kes itu ditahan reman sehingga Rabu depan, katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Mahasiswa/India 1Malaysia (Permai) di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM) di sini, hari ini.

Pada Rabu lepas, peneroka-peneroka asal tanah di mukim Ijok itu berkata mereka bersedia memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes itu.

Sementara itu, Dzulkifli melahirkan penghargaan terhadap sokongan mahasiswa dalam kempen memerangi rasuah kerana ia menepati matlamat SPRM untuk membentuk generasi baharu yang bencikan rasuah.

"Mereka ini merupakan pemimpin pada masa hadapan yang perlu dibentuk supaya menjadi individu berkualiti dan berintegriti tinggi yang menolak rasuah seterusnya menjadikan negara bersih daripada gejala itu," katanya.

-Bernama

Lihat Komen