malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kit Siang lontar 3 soalan pada Wee si 'pembunuh ninja'
Diterbitkan:  Mar 25, 2018 2:03 PM
Dikemaskini: 6:10 AM
ADS

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang sekali lagi menyifatkan timbalan presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong sebagai "pembunuh ninja" kerana memfitnah kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung isu terowong dasar laut di negeri itu.

"Ini dilakukan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat Malaysia bahawa mereka tidak perlu risau skandal RM50 bilion 1MDB melibatkan (Perdana Menteri) Najib (Razak) dengan mencipta dongeng bahawa (Ketua Menteri Pulau Pinang) Guan Eng mendapat RM20 bilion melalui projek terowong di Pulau Pinang,"katanya.

Lim kemudian membangkitkan tiga soalan untuk dijawab Wee berhubung skandal 1MDB.

"Adakah dia setuju dengan Najib bahawa laporan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) telah membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku dalam skandal 1MDB - dan jika ya, bolehkah dia memetik bab dan perenggan untuk membuktikan bahawa laporan PAC telah bersihkan Najib daripada sebarang salah laku dalam skandal 1MDB?

"Sekiranya Wee tidak dapat bersetuju dengan Najib bahawa laporan PAC itu telah membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku dalam skandal 1MDB - adakah beliau dan menteri-menteri MCA lain akan menimbulkan isu ini dalam mesyuarat kabinet pada minggu depan dan minta perdana menteri tidak membuat 'berita palsu' terbesar di Malaysia dan mengeluarkan kenyataan pembetulan?

"Adakah Wee dan dua lagi menteri MCA membaca dan memahami laporan PAC, dan adakah Wee akan berhenti memainkan peranan sebagai "pembunuh ninja Umno" untuk membunuh karektor Guan Eng dan kerajaan negeri Pulau Pinang bagi mengalih perhatian daripada skandal 1MDB yang menyebabkan Malaysia dihina di seluruh dunia sebagai kleptrokasi global?" Soalnya.

Lim dalam kenyataan hari ini berkata rakyat Malaysia sedang ternanti-nanti jawapan Wee terhadap semua persoalan tersebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen