malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
MCA cabar P Pinang jual tanah RM475 sekaki persegi
Diterbitkan:  Mar 23, 2018 5:06 PM
Dikemaskini: 9:31 AM
ADS

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mencabar Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy menjual tanah di Persiaran Gurney di negeri itu dengan harga RM475 sekaki persegi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata beliau akan mengumpulkan beberapa pelabur hartanah yang berminat untuk membeli tanah pada harga tersebut.

"Sekiranya Ramasamy dapat membantu memudahkan kita membeli tanah tepi laut di Persiaran Gurney dengan harga RM475psf, kami sanggup mendermakan separuh daripada keuntungan kepada badan amal pendidikan Malaysia.

"Sekiranya Ramasamy tidak dapat menyokong kata-katanya, maka dia mesti memohon maaf kerana berbohong kepada saya dan rakyat Pulau Pinang dan mengakui bahawa beliau terdesak mempertahankan bosnya berhubung penipuan dalam skandal terowong," tambahnya dalam kenyataan media petang ini.

Wee berkata beliau telah menjelaskan secara terperinci bagaimana skandal terowong dasar laut di Pulau Pinang itu akan memberi impak kewangan kepada rakyat Pulau Pinang sebanyak RM20.5 bilion.

Katanya, projek tersebut melibatkan kos sebenar RM6.34 bilion, kutipan tol sebanyak RM3 bilion, RM9 bilion untuk projek berkaitan bagi menyokong Syarikat Tujuan Khas (SPV) dan kerugian nilai sebanyak RM2.2 bilion.

"Saya jemput semua rakyat Malaysia - terutamanya orang Pulau Pinang untuk menonton video saya dan lihat buktinya sendiri bagaimana saya membuat kesimpulan sedemikian.

"Sebahagian penerangan saya termasuk tindakan kerajaan Pulau Pinang menandatangani kontrak pada tahun 2013 untuk membolehkan pembinaan projek terowong bernilai RM3.6 bilion yang hanya bermula 10 tahun kemudian pada tahun 2023 akan menyebabkan rakyat Pulau Pinang kehilangan sekurang-kurangnya RM2.2 bilion dalam nilai tanah.

"Dengan mengambil kira lima peratus kenaikan tahunan dalam nilai tanah, saya telah menunjukkan bahawa tanah RM3.6 bilion akan meningkat kepada RM5.8 bilion dalam masa 10 tahun pada tahun 2023," katanya dalam satu kenyataan pada petang ini.

Bagaimanapun, Wee mendakwa Ramasamy mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal pada 18 Mac untuk menyangkal hujah beliau.

"Antara lain, Ramasamy menegaskan bahawa kos tanah tepi laut di Persiaran Gurney untuk digunakan sebagai bayaran SPV terowong berkenaan hanya bernilai RM475 sekaki hari ini.

"Untuk membenarkan ini, Ramsamy bahkan secara sombong mengatakan bahawa walaupun ada kerugian kepada rakyat Pulau Pinang daripada nilai tanah, ini bukan masalah besar kerana kerajaan Pulau Pinang tidak boleh dipersalahkan terhadap nilai tanah.

Wee menjelaskan pada 15 Jan 2016, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sendiri menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian di mana SPV menjual 50 ekar tanah kepada syarikat tersenarai bernilai RM2.83 bilion - atau berharga RM1,300 sekaki persegi.

Selain itu, beliau berkata, Ramasamy perlu sedar nilai tanah untuk pembangunan lain di kawasan itu iaitu Marriott Residences, yang dibangunkan bersama oleh Boon Siew Group & Corner Club, jauh lebih tinggi daripada RM475 sekaki persegi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen