malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
KDN: Permohonan kerakyatan Sabah dan S'wak rumit
ADS

PARLIMEN | Permohonan taraf kewarganegaraan terutama penduduk di Sabah dan Sarawak perlu diteliti dengan terperinci dan berdasarkan kes demi kes, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kementerian perlu meneliti setiap permohonan kewarganegaraan yang berbeza-beza dan mempunyai ciri-ciri tersendiri, tertakluk kepada syarat-syarat di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, hal ini juga menyebabkan kementerian dan Jabatan Pendaftaran Negara sukar mengeluarkan garis panduan yang menyeluruh dan seragam di seluruh negara dalam proses penganugerahan taraf kewarganegaraan.

“Di Sabah dan Sarawak, di sana ada ordinan kelahiran sendiri dan pelbagai prosedur lagi perlu dipatuhi dalam memberikan kewarganegaraan,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya.

Kerjasama kerajaan Sarawak

Beliau menjawab mengenai dakwaan masalah status kewarganegaraan berterusan khususnya di kedua-dua negeri itu yang dibangkitkan beberapa Anggota Parlimen pembangkang antaranya Wong Sze Phin (DAP-Kota Kinabalu) dan Alice Lau Kiong Yieng (DAP-Lanang).

Katanya, sebagai langkah proaktif dalam menyelesaikan isu kewarganegaraan dan pengenalan diri dalam kalangan masyarakat, kementerian telah mengambil beberapa inisiatif antaranya menjalin kerjasama dengan kerajaan Sarawak melalui jawatankuasa yang dipengerusikan Menteri Kebajikan Kesejahteraan Komuniti Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak.

“Melalui kerjasama ini, semua permohonan yang dibuat di Sarawak akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa ini terlebih dahulu sebelum diangkat kepada kelulusan menteri (Menteri Dalam Negeri),” katanya.


-Bernama

Lihat Komen