malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Putrajaya bayar mangsa banjir P Pinang bulan ini
Diterbitkan:  Mar 19, 2018 8:44 PM
Dikemaskini: 12:47 PM
ADS

PARLIMEN | Bantuan kewangan RM250 kerajaan persekutuan akan dibayar kepada mangsa banjir Pulau Pinang pada 'pertengahan Mac', kata Jabatan Perdana Menteri.

Dalam jawapan bertulis kepada MP Bagan Lim Guan Eng, kementerian berkata bayaran akan dibuat kepada 22,534 ketua keluarga. Keseluruhan pembayaran berjumlah RM5,633,500.

Banjir besar melanda Pulau Pinang pada November tahun lalu selepas hujan lebat selama 16 jam.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang berkata tidak adil Putrajaya hanya memberi RM250 manakala mangsa banjir di negeri lain mendapat bayaran RM500.

Sementara itu, sebagai menjawab soalan Lim yang bertanyakan kenapa Putrajaya hanya memberikan bantuan selepas banjir sebanyak RM35,000 kepada negeri itu, kementerian berkata jumlah tersebut dibayar kepada 71 keluarga yang berlindung di pusat perlindungan masngsa banjir pada 2013.

"Di antara tahun 2014 dan 2016 tidak ada banjir akibat angin monsun di negeri itu, hanya banjir kilat," kata kementerian itu.
 

Lihat Komen