malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
500,000 bekas pelatih PLKN mendaftar sebagai pengundi
Diterbitkan:  Mar 17, 2018 2:35 PM
Dikemaskini: 6:37 AM
ADS

Hampir 500,000 bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah mendaftar sebagai pengundi sejak 2004 hingga kini.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Azlan Abd Majid berkata semasa program itu, setiap pelatih diterap dengan modul berciri patriotisma, perpaduan dan sukarelawan.

"Antara modul adalah Kenegaraan Malaysiaku di mana ia mempunyai elemen mengajar dan menyedarkan pelatih terhadap kepentingan demokrasi berparlimen dan tanggungjawab individu berusia 21 tahun keatas untuk mengundi ketika PRU.

"Kami telah menggunakan kaedah demo bagaimana sesi pilihan raya dijalankan,” katanya pada sidang akhbar di Majilis Pergerakan Masuk Pelatih PLKN 2.0 Kumpulan 2 Siri 15/2018 hari ini.

Azlan berkata sebanyak 13,766 Notis Panggilan Pelatih (NPP) telah dikeluarkan kepada bakal pelatih di seluruh negara dan daripada jumlah tersebut dianggarkan hampir 8,000 remaja akan mendaftar untuk sesi kali ini.

"Hari ini sahaja hampir 300 pelatih telah melaporkan diri di JLKN untuk menjalani program PLKN selama dua bulan bermula hari ini sehingga 13 Mei ini.

"Kemasukan pelatih melibatkan 80 pusat berkumpul seluruh Negara," katanya.

- Bernama

Lihat Komen