malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Google jawab cadangan cukai ke atasnya
Diterbitkan:  Mar 14, 2018 5:17 PM
Dikemaskini: 9:40 AM
ADS

Google Malaysia hari ini memberi maklum balas terhadap cadangan melobi kepada Putrajaya agar syarikat gergasi teknologi itu dikenakan cukai dengan berkata, bahawa mereka sememangnya telah membayar semua cukai yang dikenakan ke atasnya di negara ini.

Syarikat itu juga menegaskan bahawa contoh yang digunakan untuk mewajarkan cukai selanjutnya oleh Putrajaya adalah tidak tepat.

Google merujuk saranan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif The Star Datuk Seri Wong Chun Wai yang dilaporkan berkata bahawa Vietnam mengenakan cukai ke atas iklan oleh Facebook dan Google.

"Kami bayar semua cukai yang kami berhutang di Malaysia, dan kami kerap bekerja dengan kerajaan mengenai pelbagai isu," kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Wong mencadangkan agar iklan di Google dan Facebook dikenakan cukai kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa majlis makan tengah hari bersama ketua-ketua pengarang dan pemegang permit penerbitan,

Zahid berkata perkara itu akan dipertimbangkan oleh kabinet.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, portal Utusan Malaysia Online memetik Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai berkata mereka tidak mengeluarkan sebarang ketetapan khusus berhubung layanan cukai ke atas pengiklanan digital.

LHDN berkata sebagaimana isu percukaian lain, isu bayaran pengiklanan digital akan ditentukan berdasarkan fakta sesuatu kes dan Akta Cukai Pendapatan 1967.

"Pada masa sama setiap kes akan dinilai berdasarkan fakta kes tersendiri dalam menentukan sama ada sesuatu transaksi itu merupakan bayaran royalti atau bayaran perkhidmatan selain tertakluk pada cukai pegangan atau lain-lain kategori pendapatan," jelas kenyataan media LHDN.

Lihat Komen