Pengiklanan

    Mahfuz umum haluan politik baru esok

    (Dikemaskini )

    Anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dijadual mengumumkan rancangan politik masa depannya esok, setelah keluar PAS tiga bulan lalu.

    Bekas naib presiden PAS itu hari ini menghantar undangan sidang medianya di parlimen esok.

    Bekas ahli PAS 34 tahun itu bagaimanapun masih berahsia tentang parti baru pilihan raya itu.

    “Tunggu pengumuman esok,” katanya ringkas.

    Kebanyakan pemimpin kanan PAS yang ditolak beramai-ramai dalam pemilihan parti itu sebelum ini memilih menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).

    Bagaimanapun, Mahfuz turut mempunyai pilihan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang memimpin gabungan pembangkang di Kedah.

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih