malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
DAP hanya akan isytihar harta lepas jadi kerajaan
ADS

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata kepimpinan parti itu hanya akan mengisytiharkan harta mereka apabila berjaya menawan Putrajaya.

"Sebaik sahaja menjadi ahli majlis eksekutif negeri, menjadi menteri, kami mesti dan akan mengisytiharkan aset kami.

"Ini adalah pendirian DAP," kata anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu kepada pemberita pada sidang media di Parlimen hari ini.

Pua berkata demikian ketika diminta mengulas pengisytiharan harta oleh beberapa bakal calon berpotensi Pakatan Harapan semalam.

Sejumlah 36 ahli politik Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PKR yang berpotensi menjadi calon pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 mengisytiharkan hartanya dalam acara anjuran NGO Invoke Malaysia.

Antara yang berbuat demikian adalah Pengarah Strategi AMANAH Dr Dzulkefly Ahmad, bekas speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Abdul Halim Hussain dan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Setakat ini seramai 103 pemimpin HARAPAN telah mengisytiharkan harta dengan Invoke, termasuk mereka yang berbuat demikian pada November tahun lalu.

Sebagai pertukaran, mereka akan menerima dana kempen PRU daripada badan kaji selidik itu.

Menurut Invoke pengisytiharan harta itu boleh diakses di laman webnya.

Lihat Komen