malaysiakini logo
story-image
ADS

Mahkamah Persekutuan hari ini memberikan kebenaran kepada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengemukakan cabaran perlembagaan terhadap Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Keputusan itu dibuat susulan hakim kanan persekutuan Suzana Atan tidak membantah soalan peguam Anwar diketuai oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram dan peguam Latheefa Koya.

Panel diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin bersama Ketua Hakim Malaya Tan Sri Ahmad Ma'arop dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Azahar Mohamed.

Persoalan undang-undang yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan antaranya sama ada Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan tindakan untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa Seksyen 12 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1983, Seksyen 2 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1984 dan Seksyen 8 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1994 selari dengan perlembagaan.

Secara khususnya untukkes ketua biskop lawan menteri dalam negeri, kes LGBT antara kerajaan Negeri Sembilan lawan Muhammad Juzaili dan Mark Koding lawan timbalan pendakwa raya, Yeoh Tat Thong lawan kerajaan dan Ah Thian lawan kerajaan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen