malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Berita
Zunar hanya dapat jual buku secara dalam talian
ADS

Berdepan mereka yang berkuasa, kartunis Zunar menunjukkan sikap berterus terang dalam menghantar mesej antirasuah menerusi jenaka.

Bagaimanapun, ketajaman mata penanya menghadapi tekanan daripada pihak berkuasa, yang bukan satu perkara yang boleh dibuat main.

Dalam wawancara baru-baru ini dengan Malaysiakini, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwarul Haque, berkata pada masa kini tiada seorang pun sanggup menjual bukunya, dan beliau sendiri tidak boleh menjualnya secara terbuka kerana bimbang dirampas.

"Bahkan semasa pelancaran sebelum ini, saya telah ditangkap dan digari," katanya menjelaskan keputusannya kini untuk menjual secara dalam talian melalui laman webnya.

Pada Disember 2016, Zunar mengalami kerugian besar apabila polis menyita kira-kira 1,000 salinan buku kartun dan barangan lain.

ADS

Beberapa penyokongnya yang cuba berdepan dengan polis juga ditangkap.

Zunar berkata pelancaran mana-mana produk baru tidak dapat dilakukan pada masa kini kerana beliau tidak mahu orang ramai menghadapi masalah dengan polis lagi.

Oleh itu, Zunar berkata beliau tidak dapat melancarkan buku barunya, "Ketawa Pink Pink", di khalayak ramai.

ADS

Dicetak pada waktu malam

Selain ketiadaan penjual, Zunar berkata beliau menghadapi satu lagi masalah apabila tiada pencetak sanggup mencetak buku beliau.

Semua buku dikehendaki menyatakan butiran pencetak dan beberapa syarikat pencetak sebelum ini diugut dengan pembatalan lesen percetakan mereka.

Zunar berkata beliau terpaksa mencari pencetak di luar Lembah Klang, dari Seremban ke Pulau Pinang.

Selepas tiga bulan mencari, seorang pemilik syarikat pencetak sanggup mencetak buku beliau tetapi bukan menerusi kaedah biasa.

"Dia enggan menyimpan sampel kami di premisnya dan dia hanya bersetuju untuk cetak pada waktu malam," tambah Zunar.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen