malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pejabat ketua menteri kecam gambar tular
Diterbitkan:  Mar 11, 2018 1:49 PM
Dikemaskini: 5:59 AM
ADS

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyifatkan usaha mengaitkan beliau dengan ahli perniagaan sebagai kempen kotor.

Ahli perniagaan itu sebelum ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek terowong bawah laut Pulau Pinang

Kenyataan dari pejabat lim itu dikeluarkan bagi menjawab timbalan pengarah komunikasi strategik BN Eric See-To, yang meminta Lim mengesahkan foto yang tular menunjukkan beliau bersama ahli perniagaan itu.

"Ini bukan sahaja tidak masuk akal tetapi usaha memburukkan Ketua Menteri Pulau Pinang dengan bergantung kepada satu gambar.

"Selaku tokoh awam Ketua Menteri Pulau Pinang bergambar dengan ramai personaliti, dan tidak dapat ingat berapa kali atau di mana setiap gambar diambil.

"Adakah bergambar akan jadikan seseorang itu rakan atau orang yang dekat dengan BN sebagai penyokong DAP?" kata kenyataan itu.

See-To semalam berkata ahli perniagaan yang dipaparkan dalam gambar itu dikatakan ditahan SPRM atas tuduhan menerima RM19 juta untuk membantu siasatan berhubung projek terowong itu.

Pejabat Lim menyatakan kerajaan Pulau Pinang sedang menunggu penjelasan penuh daripada kontraktor projek, Consortium Zenith Sdn Bhd, mengenai wang yang dikatakan berjumlah RM19 juta, serta bayaran tambahan sebanyak RM3 juta kepada individu lain.

"Akhbar-akhbar BN kini memutarkan cerita bahawa ahli perniagaan yang kononnya menerima wang itu adalah rakan ketua menteri Pulau Pinang, dan dengan itu menghubungkannya dengan penerimaan RM19 juta.

"Ini adalah satu lagi kes pihak yang tidak bersalah, dalam hal ini kerajaan negeri Pulau Pinang yang bersih, dijadikan kambing hitam kerana individu yang mempunyai kaitan rapat dengan BN."

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen