Pengiklanan

    Bagaimana anda boleh lindungi rakan yang ditahan polis?

    (Dikemaskini )

    INTERAKTIF | Katakanlah seorang kawan anda ditahan polis.

    Bagi kebanyakan orang, mereka akan melalui proses undang-undang dalam sistem keadilan jenayah di negara ini. Tetapi berbeza dengan kawan anda yang nasibnya melalui jalan yang buruk.

    Adakah anda tahu apa yang boleh dilakukan untuk membantunya? Mampukah anda mengubah keadaan?

    Anda akan mengetahuinya melalui pengalaman penceritaan terbaru Malaysiakini yang bertujuan membantu orang ramai memahami hak mereka ketika dalam tahanan polis.

    Segmen interaktif ini sebahagian daripada projek khas Malaysiakini tentang kematian dalam tahanan.

    Berdasarkan kisah tragik Azlan Syed Mohamed Nur dan S Balamurugan, segmen ini meletakkan anda di tempat individu yang melihat kawannya ditahan.

    Anda akan diberikan beberapa siri pilihan yang akan mempengaruhi keadaan. Dari masa ke masa, kotak fakta akan muncul untuk menjelaskan kepada anda hak undang-undang anda ketika berdepan situasi ini.

    Adakah anda bersemuka dengan pihak yang akan memukul kawan anda? Adakah anda meminta mereka menunjukkan pengenalan diri mereka?

    Klik sini untuk mencubanya.

    Bahagian 1: Kematian dalam tahanan: Di sebalik statistik

    Bahagian 2: Apa yang anda perlu lakukan jika ditahan polis

    Belanjawan 2020
    • Infografik
      Carta & Graf
    • Kuiz
      Apa anda dapat?
    • Undian
      Suka atau tidak?
    • Laporan langsung
      Laporan langsung kami

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih