malaysiakini logo
story-image
ADS

AirAsia hari ini menafikan sekeras-kerasnya laporan yang mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan dan CEO Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes akan meletak jawatan untuk menyertai sektor teknologi kewangan (fintech).

Sehubungan itu, syarikat penerbangan tersebut menerusi satu kenyataan hari ini, menggesa orang ramai dan pihak media untuk mengabaikan paparan skrin berita palsu stesen media CNN bertajuk ‘Tony Fernandes Leaves Air Asia, Jumps On Financial Tech’ (Tony Fernandes Tinggalkan AirAsia, Sertai Teknologi Kewangan) yang tersebar di media sosial.

Menurut AirAsia, Fernandes sebaliknya kekal komited terhadap syarikat penerbangan itu dan akan terus memantau hala tuju strategik dan operasi perniagaan.

Sementara itu, Fernandes turut mengulas penyebaran berita palsu itu menerusi catatan Twitter terbaharunya.

“Sudah banyak kali saya menjadi bahan penipuan ini. Namun, inilah laporan palsu yang terbaik. Realitinya adalah masih terlalu jauh lagi sebelum saya dapat berundur daripada AirAsia dan AirAsia sendiri banyak melabur dalam FinTech (teknologi kewangan). Ada beberapa aset yang amat bernilai akan dimiliki tidak lama lagi,” katanya. -Bernama

Lihat Komen