malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Reaksi negatif suntikan steroid, Anwar dimasukkan ke CCU
Diterbitkan:  Mar 5, 2018 10:17 AM
Dikemaskini: 3:29 AM
ADS

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sekali lagi, ekoran masalah bahu kanannya.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil, Anwar dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) pada jam 1 pagi tadi.

"Beliau didapati mengalami reaksi negatif terhadap suntikan steroid di kawasan sekitar bahu kannyanya. Suntikan diberi Sabtu lalu setelah beliau mengalami kesakitan berpanjangan pada bahu kanan selepas pembedahan beberapa bulan lalu.

"Kadar denyutan jantungnya rendah dan membimbangkan, namun PKR difahamkan keadaan beliau kini stabil," katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Fahmi memberitahu, tahap kesihatan Anwar akan disampaikan dari semasa ke semasa dan keluarga bekas ketua pembangkang itu memohon semua pihak mendoakan keselamatan dan kesihatan beliau.

Anwar menjalani pembedahan pada bahu kanannya di Hospital Kuala Lumpur pada 12 November tahun lalu.

Selepas itu, beliau turut dimasukkan ke Hospital Rehabilitasi Cheras bagi tujuan pemulihan selepas pembedahan berkenaan.

 

Lihat Komen