malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
PKR beri pisang goreng percuma
Diterbitkan:  Feb 28, 2018 9:00 AM
Dikemaskini: 1:17 AM
ADS

Macam-macam cara yang dilakukan oleh parti politik demi menambat hati rakyat.

Jika sebelum ini, Ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos bertindak menjual ikan dengan harga rendah.

Kali ini, PKR di Lembah Pantai pula membuat program pemberian pisang goreng secara percuma.

Program yang diberi nama 'Goreng Pisang Havoc' itu merupakan anjuran Wanita PKR cabang Lembah Pantai.

Difahamkan, program berkenaan telah diadakan sebanyak dua kali. Pertama kali ia diadakan pada 12 Februari dan kali kedua pada Ahad lalu.

Menurut Ketua AMK Lembah Pantai yang juga Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil, program pemberian pisang goreng secara percuma itu akan dibuat lagi pada setiap hujung minggu.

Pada 12 Februari lalu, Wanita PKR Lembah Pantai membuka gerai kecil di hadapan Perpustakaan 1Wilayah dan menurut Fahmi, hampir 400 orang yang hadir.

Ahad lalu pula, mereka menggoreng pisang di Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka. Bagaimanapun, untuk lokasi seterusnya, masih belum dimaklumkan.

Foto-foto ketika program itu diadakan juga dikongsi di Facebook Fahmi.

Berdasarkan cakap-cakap, Fahmi mungkin akan bertanding di Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-14.

Namun, Fahmi menafikan dakwaan berkenaan.

Pada pilihan raya umum ke-13, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memenangi kerusi Lembah Pantai dengan majoriti sebanyak 1,847 mengalahkan Ketua Umno bahagian berkenaan, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Ia merupakan kemenangan kedua Nurul selepas mengalahkan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil pada 2008.

 

Lihat Komen