malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Rogol bergilir-gilir: 9 anggota tentera direman
ADS

Sembilan anggota tentera direman tujuh hari bagi membantu siasatan satu kes rogol bergilir-gilir seorang gadis berusia 17 tahun di Kluang, pada pertengahan Disember lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kesemua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan semalam sebelum dibenarkan direman bermula hari ini.

“Saya mengesahkan (polis menerima) laporan yang dibuat (mangsa).

"Sembilan yang ditahan direman tujuh hari hingga 1 Mac,” katanya ketika dihubungi, di Johor Bahru hari ini.

Difahamkan kesemua anggota tentera dari Kem Mahkota, Kluang tersebut ditahan selepas gadis berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Kluang, kira-kira 8.50 pagi semalam.

Difahamkan seorang daripada suspek merupakan teman lelaki gadis tersebut.

- Bernama

Lihat Komen