malaysiakini logo
story-image
ADS

Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) berkata mereka akan melakukan beberapa penyelarasan untuk menambah pendapatan syarikat.

Ketua Pengawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad berkata langkah berkenaan akan dijalankan pada tahun ini.

Bagaimanapun katanya beliau tidak dapat mendedahkan lebih banyak maklumat berhubung langkah tersebut.

Cuma kata Zakaria apa yang boleh dinyatakan ialah FGV akan menjual beberapa aset bukan terasnya.

“Akan ada beberapa penyelarasan yang saya tidak boleh dedahkan sekarang, tetapi saya fikir ada dua tiga aset bukan teras (akan dijual).

"Langkah itu akan membawa pendapatan tambahan kepada FGV untuk tahun ini,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

FGV sebelum ini menjadi tumpuan berita apabila disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah laku serta salah guna kuasa.

Seorang pakar ekonomi Prof Dr Jomo Kwame Sundaram pula menganggap skandal membabitkan FGV sebenarnya lebih besar berbanding isu menyelubungi 1MDB.

Kata Jomo, isu FGV kerana ia memberi kesan kepada lebih ramai orang dan langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 'merasuah' peneroka - antara lain - dengan menghapuskan hutang penanaman semula sebanyak RM5,000 membayangkan betapa sensitifnya isu FGV.

Lihat Komen