malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Fahmi Reza berjaya kumpul RM30k untuk bayar denda
Diterbitkan:  Feb 23, 2018 3:53 PM
Dikemaskini: 7:57 AM
ADS

Pereka grafik Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin berjaya mengumpul RM30,000 melalui pendanaan awam untuk membayar dendanya atas kesalahan menerbitkan karikatur yang menggambarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai badut.

Setakat 2 petang tadi dan kurang dari 24 jam selepas menubuhkan laman pendanaan awam itu, beliau berjaya mengumpul RM22,095 daripada barangan yang dijual di laman berkenaan.

Selain jumlah itu, beliau juga menerima lebih RM10,629 dalam bentuk sumbangan dan derma dimasukkan ke dalam akaunnya, menjadikan jumlah dana RM32,724.

“Aku tak sangka boleh capai target sepantas ni.

I'm speechless, tak tahu apa nak kata kecuali terima kasih,” kata Fahmi kepada penyokongnya di halaman Facebook.

Selain didenda, Fahmi juga pada Selasa lalu dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Peguamnya, Syahredzan Johan memberitahu Malaysiakini, bahawa mereka akan membuat rayuan terhadap keputusan itu, dan penangguhan hukuman itu dibenarkan dengan jaminan bon RM10,000.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen