malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Namewee direman 4 hari
Diterbitkan:  Feb 23, 2018 3:27 PM
Dikemaskini: 7:44 AM
ADS

Namewee direman empat hari susulan penerbitan video muzik “Like a Dog”.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Shaharudin Abdullah berkata penyanyi kontroversi itu akan direman sehingga 26 Februari bagi membantu siasatan.

Lelaki 34 tahun yang nama sebenarnya Wee Meng Chee itu ditahan semalam selepas hadir memberikan kenyataan di ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.

Namewee disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana didakwa mencetuskan kemarahan dan perasaan agama orang lain dan salah guna kemudahan atas talian.

Video yang dimuat naik pada 10 Februari lalu itu dikeluarkan sempena Tahun Baru Cina yang jatuh pada Tahun Anjing pada 16 Februari.



Selain paparan bunyi-bunyi anjing di pelbagai negara, ia turut mengandungi aksi kelakuan anjing oleh beberapa pelakon bertopeng binatang itu.

Video itu berlatarbelakangkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Namewee menafikan menghina Islam dan mendakwa menjadi mangsa laporan salah beberapa media.

[Baca berita asal]

Lihat Komen