malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kit Siang: PRU14 mengenai quinoa lawan beras
Diterbitkan:  Feb 23, 2018 1:27 PM
Dikemaskini: 7:04 AM
ADS

Ahli Parlimen Gelang Patah DAP Lim Kit Siang mengakui beliau tidak pernah mendengar tentang quinoa sehingga disebut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib menyebutnya semasa siaran langsung Bajet 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi semalam.

"Saya tidak pernah dengar tentang quinoa - sebenarnya, saya akui tidak tahu bahawa quinoa wujud," kata Lim, pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

"Saya terpaksa tanya sama ada ada sesiapa yang tahu apa-apa mengenai quinoa," katanya.

Semasa ucapannya, Najib mendedahkan bahawa beliau tidak makan nasi, tetapi makan quinoa, yang diperkenalkan oleh anaknya.

Quinoa adalah makanan ruji masyarakat Inca yang ditanam 3,000 tahun lalu.

Ia berasaskan protein, kurang karbohidrat dan kurang gula, menjadikannya lebih baik dan sihat daripada beras.

Lim juga merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, semalam yang membidas Najib yang didakwanya tidak tahu penderitaan rakyat, jika dilihat berdasarkan amalan pemakanannya.

Pemimpin veteran DAP itu juga mengambil maklum bahawa semakan Malaysiakini dengan kedai dalam talian Tesco menunjukkan bahawa sebungkus 250-gram Love Earth Organic Quinoa dijual pada harga RM14.79. Ini katanya, bermakna bungkusan 10kg akan menelan kos sebanyak RM591.60.

“Bandingkan ini dengan bungkusan beras 10kg Jasmine Super Special (lima peratus beras hancur) yang cuma RM25.85, kata Lim.

"Dengan kata lain, quinoa yang Najib makan kira-kira 23 kali lebih mahal daripada beras, yang dimakan oleh 30 juta rakyat Malaysia," kata Lim.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen