malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Berita
Hanya 200 pelajar tajaan JPA dipilih sebagai PTD
ADS

Hanya 200 daripada 750 pengambilan baharu Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bagi 2018 akan dipilih daripada kalangan pelajar cemerlang tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

JPA dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan bahawa bakinya masih terbuka kepada pelajar lain serta pegawai yang sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan lain.

"Keutamaan ini diberikan atas usaha cemerlang yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar tajaan JPA dalam bidang akademik dan kokurikulum seterusnya dapat memberikan sumbangan yang cemerlang juga kepada negara khususnya dalam sektor perkhidmatan awam di masa hadapan,” katanya.

JPA mengeluarkan kenyataan itu berikutan kekeliruan laporan berkaitan pengambilan pegawai baru PTD melibatkan graduan kelas pertama JPA. -Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen