malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Nazri: Hati-hati dengan PAS
Diterbitkan:  Feb 20, 2018 12:14 PM
Dikemaskini: 4:22 AM
ADS

Walaupun PAS kini bergerak solo, kekuatan parti itu tidak boleh dipandang rendah, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz.

Menurutnya di sebalik status PAS tidak menyertai gagasan pembangkang lain, parti itu tetap mempunyai ramai pengikut fanatik.

Beliau yang juga anggota parlimen Padang Rengas mengakui, sekiranya berdepan dengan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kelebihan akan berpihak kepada BN.

Bagaimanapun, katanya, jangkaan itu bukan alasan untuk BN tidak bekerja keras.

"Kita perlu bekerja keras tanpa ada masa untuk memperlekehkan kemampuan PAS yang kini kembali solo tanpa rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan.

"Mereka adalah parti yang mempunyai ramai pengikut fanatik dari generasi ke generasi," katanya seperti dipetik Berita Harian hari ini.


Baca 'I am a jantan, OK?'


Selain itu, menteri kebudayaan dan pelancongan itu berkata, Umno dan PAS akan berdepan dengan saingan sengit untuk menawan pengundi Melayu di kawasan parlimennya.

Ini kerana kata Nazri parlimen Padang Rengas mempunyai 75 peratus pengundi Melayu, 20 peratus Cina dan lima peratus pengundi India.

"Pengundi Cina akan memihak kepada PKR kerana parti itu bukan sekadar mewakili orang Melayu.

"Jadi kita ada masalah mereka akan mengundi PKR, manakala Umno dan PAS akan bersaing mendapatkan undi Melayu, ini akan menjadi sukar," katanya lagi.

Pada PRU ke-13, Nazri memenangi parlimen Padang Rengas dengan hanya mendapat majoriti 2,230 undi mengalahkan calon dari PKR.

Lihat Komen