malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Tolong henti berbohong, kata Guan Eng pada MCA
ADS

Sambutan Tahun Baru Cina gagal membawa gencatan antara dua seteru politik DAP dan MCA.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa timbalan presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong sebagai tidak jujur.

"Baru hari keempat Tahun Baru Cina, tolong henti berbohong," beliau memberitahu sidang akhbar petang ini.

Lim mengulas laporan The Star yang memetik Wee menyorot kemungkinan ketua menteri itu bertanding melawan beliau di parlimen Ayer Hitam di Johor.

"Kita dengar anak beliau, Ketua Menteri Pulau Pinang Guan Eng mahu bertanding di kerusi ini (Ayer Hitam)," Wee dipetik sebagai berkata.

Timbalan presiden MCA itu tidak menolak kemungkinan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan meletakkan calon 'bidan terjun' di Ayer Hitam.

Katanya, ini kerana gabungan pembangkang tidak mempunyai pemimpin berwibawa dari kawasan itu.

Manakala itu, Lim menafikan hasrat mahu bertanding di kerusi Ayer Hitam dan mendakwa Wee hanya mahu mempromosikan dirinya.

"Bila saya pernah kata akan bertanding di Ayer Hitam? Tolong jangan gunakan saya untuk promosi diri anda.

Nombor satu lawan nombor satu

"Anda mesti ingat, anda orang nombor dua dalam MCA.

"Jika ada pertandingan, sepatutnya antara nombor satu melawan nombor satu," tambah setiausaha agung DAP itu.

Lim berkata memandangkan Wee mewakili masyarakat Cina kerana kedudukan beliau sebagai pemimpin MCA, maka Wee patut bertanding di kerusi majoriti Melayu dan bukannya sebuah kerusi majoriti Melayu (Ayer Hitam).

"Tapi saya tidak fikir Wee berani bertanding di kerusi majoriti Cina," kata Lim.

 

[Baca berita penuh]

Lihat Komen