malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Nurul macam adik, saya pernah dukung dia'
Diterbitkan:  Feb 15, 2018 3:21 PM
Dikemaskini: 7:26 AM
ADS

Berdepan spekulasi 'perang dingin' dengan anggota keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menyifatkan hubungan mereka sebenarnya mesra dan seperti adik beradik.

Sebagai contoh, kata Azmin, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang juga anak sulung Anwar, dianggap seperti adik kandungnya sendiri.

“Nurul macam adik kandung saya sendiri, saya sudah kenal dia sejak kecil lagi.

“Waktu dia kecil-kecil dulu, saya malah dukung dia,” katanya dalam wawancara dengan Nanyang Siang Pau.

Azmin juga berkata, semasa menjadi setiausaha sulit kepada Anwar, sebagai timbalan perdana menteri ketika itu, beliau pernah melancong bersama keluarga bosnya itu.

Walaupun mungkin mempunyai perbezaan cara kerja dan pemikiran dengan keluarga Anwar perkara itu tidak menghalang mereka bekerjasama.

Sebagai contoh, katanya, beliau baru-baru telah duduk bersama Nurul Izzah untuk membimbangkan soal strategi parti.

Azmin berkata demikian sebagai reaksi terhadap spekulasi bahawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail, Nurul Izzah dan naib presiden PKR Rafizi Ramli telah berpadu tenaga untuk menekan kedudukannya dalam parti selepas Anwar ditahan di penjara.

Dalam wawancara sama, beliau turut berkata mempunyai hubungan baik dengan calon perdana menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad.

[Baca berita asal]

Lihat Komen