malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Badan Peguam mahu 9 hakim pencen
Diterbitkan:  Feb 15, 2018 2:43 PM
Dikemaskini: 6:48 AM
ADS

Badan Peguam Malaysia mahu panel sembilan anggota melibatkan pesara hakim Mahkamah Persekutuan untuk mendengar cabaran mereka terhadap pelantikan Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang melebihi umur persaraan wajib 66 tahun enam bulan.

Permohonan pendengaran itu ditetapkan pada 2 Mac di Mahkamah Persekutuan.

Badan Peguam Malaysia diwakili oleh Peguam Steven Thiru dan Farez Jinnah semasa pengurusan kes pagi ini manakala Advocates Association of Sarawak (AAS), yang memfailkan kes sama, diwakili oleh presidennya Ranbir Singh Sangha.

Pengurusan kes dibuat di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Jumirah Marjuki.

Thiru memberitahu wartawan bahawa mereka sudah memaklumkan Ketua Hakim Malaya Tan Sri Ahmad Ma'arop melalui surat bertarik 221 Ogos dan surat peringatan pada 5 Februari, berhubung permohonan mereka.

Bagaimanapun, kata Thiru lagi, mereka akan menulis secara rasmi kepada Mahkamah Persekutuan berkaitan perkara itu kerana tiada jawapan daripada Ahmad.

“Badan Peguam juga mencadangkan beberapa hakim pencen yang mungkin boleh mendengar kes ini bagi memastikan mereka bebas... siapa yang telah mengulas isu itu tidak akan disenaraikan,” katanya.

Justeru itu, katanya, bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram tidak akan menjadi antara nama dicadangkan.

Thiru berkata permohonan untuk pesara hakim tambahan Mahkamah Persekutuan untuk mendengar kes itu dibuat berdasarkan Perkara Article 122 (1A) berkaitan pelantikan hakim Mahkamah Persekutuan.

“Kami tidak mahu hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan mendengar soalan rujukan untuk memastikan kebebasan kes itu kerana melibatkan dua jawatan tertinggi (dalam mahkamah-mahkamah itu).

“Kami tidak mahu hakim-hakim sedia ada berada dalam keadaan tidak menyenangkan,” katanya.

Badan Peguam memfailkan saman pemula Oktober lalu yang menamakan bekas ketua hakim negara Tun Arifin Zakaria, Raus dan Zulkefli sebagai responden.

Pada 19 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan lima soalan badan itu berdasarkan Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman.

Lima soalan yang dibenarkan hakim Azizah Nawawi itu antaranya sama ada Perkara 122(1A) Perlembagaan Persekutuan membenarkan hakim tambahan dilantik atas arahan ketua hakim negara, yang akan berkuat kuasa selepas umur persaraan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen