malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
NUTP desak tubuh jawatankuasa KKP
Diterbitkan:  Feb 15, 2018 11:36 AM
Dikemaskini: 3:37 AM
ADS

Kementerian Pendidikan didesak mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan menyegerakan penubuhan jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP).

Gesaan itu dibuat susulan insiden maut melibatkan seorang pelajar perempuan tingkatan dua Sekolah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman di Gemas, Negeri Sembilan yang terkena bilah pisau traktor mesin rumput di sekolah itu, kelmarin.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozaman Abd Razak berkata, penubuhan jawatankuasa itu perlu disegerakan di semua peringkat termasuk pejabat pendidikan negeri, daerah dan sekolah.

Menurutnya, pelaksanaan OSH (kesihatan dan keselamatan pekerjaan) perlu dilakukan secara bengkel agar tidak melanggari Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan tersebut.

“Banyak aspek yang perlu jawatankuasa KKP pantau secara serius. Antaranya melibatkan kawalan keselamatan, pembersihan kawasan sekolah, pendawaiaan elektrik dan penggunaan kenderaan di sekolah.

“Selain itu, perkara yang perlu dipantau termasuklah pengurusan bahan kimia, penyelenggaraan bumbung dan siling serta latihan jawatankuasa KKP kepada guru dan murid oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH),” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

NUTP turut menyampaikan ucapan takziah buat keluarga mangsa.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi Isnin, Nur Afini Roslan, 14, maut selepas kepalanya terkena bilah pisau traktor mesin rumput yang sedang memesin rumput di padang sekolahnya.

Dua lagi pelajar lelaki, Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, turut cedera.

Ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa berada di padang sekolah itu ketika pemandu traktor berkenaan sedang menjalankan kerja memesin rumput.

Lihat Komen