malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Suspek tembakan di Florida gilakan senjata api
Diterbitkan:  Feb 15, 2018 10:48 AM
Dikemaskini: 6:44 AM
ADS

GLOBAL Lelaki yang dituduh melepas tembakan di sebuah sekolah tinggi di Florida pada hari Rabu, yang membunuh 17 orang, adalah bekas pelajar yang bermasalah yang sukakan senjatapi dan dipecat atas alasan disiplin, kata polis dan bekas rakan sekelasnya.

Nikolaus Cruz, 19, ditangkap kira-kira sejam selepas kejadian di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas di Parkland, Florida, kata Sherif Broward County, Scott Israel kepada pemberita.

Cruz, yang telah dipecat atas sebab-sebab yang tidak didedahkan kepada umum, ditemui dengan pelbagai kopak peluru dan selaras senapang ala rifel AR-15, kata Israel.

"Kami sudah mula meneliti laman webnya dan di media sosial apa yang dia lakukan dan beberapa perkara yang terlintas di fikiran adalah sangat, sangat membimbangkan," kata Israel.

Chad Williams, 18, seorang senior di Sekolah Tinggi Stoneman Douglas masih ingat Cruz sebagai rakan sekelas bermasalah ketika mereka bersama belajar di sekolah menengah.

Katanya Cruz akan membunyikan penggera kebakaran, hari demi hari, dan akhirnya dikeluarkan dari kelas.

Yang terbaru, Williams nampak Cruz membawa beberapa majalah mengenai senjatapi ketika mereka terserempak di sekolah tinggi itu. Williams menyangka Cruz datang untuk mengambil adik lelakinya.

"Dia gila tentang senjata api," kata Williams kepada Reuters, ketika bercakap di tepi jalan berhampiran sekolah tinggi ituh.

"Dia jenis yang terpulau. Dia tidak mempunyai banyak kawan. Dia akan melakukan sesuatu yang gila untuk buat kelakar, tetapi dia beri masalah."

Guru matematik Jim Gard memberitahu Miami Herald bahawa Cruz telah dilarang masuk ke kampus sambil membawa beg galas.

"Ada masalah dengannya tahun lepas yang mengancam pelajar, dan saya rasa dia diminta meninggalkan kampus," kata Gard kepada akhbar tersebut.

Pentadbir menghantar e-mel kepada guru yang memberi peringatan kepada mereka tentang Cruz, kata Gard lagi.

Seorang lagi pelajar di sekolah itu memberitahu WSVN-TV bahawa Cruz diketahui mempunyai senjata di rumah.

[Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen