malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Pembangkang gesa siasat 'manipulasi' undi di Permatang Pauh
Diterbitkan:  Feb 13, 2018 4:11 PM
Dikemaskini: 8:14 AM
ADS

Pemuda HARAPAN Permatang Pauh menggesa polis menyiasat dakwaan manipulasi undi awal di kawasan parlimen kubu kuat PKR itu.

Ini susulan pendedahan rakaman suara melibatkan seorang pemimpin sebuah parti politik oleh Timbalan Ketua Pemuda PKR (AMK) Afif Bahardin lima hari lalu.

“Dakwaan ini serius kerana jika ia benar, ternyata Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak telus malah bertindak berat sebelah kepada kerajaan memerintah hari ini,” menurut kenyataan bersama pemimpin Pemuda AMK, Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Ia ditandatangani oleh Ketua AMK Permatang Pauh Mohd Sharmizan Mohamad Nor, Ketua Pemuda AMANAH Permatang Pauh Mohd Farid Ismail dan Ketua Penerangan Pemuda Sani Azrin Mohamad Salleh.

Afif pada 9 Februari lalu mendedahkan rakaman suara berkaitan “gerak kerja sulit peringkat tertinggi” dengan memindahkan 800 lebih pengundi polis dari Tanjung, Datuk Keramat dan Penang Road ke Permatang Pauh.Malaysiakini telah cuba mendapatkan maklum balas pemimpin itu serta partinya

Dalam kenyataan bersama itu, mereka juga menyarankan agar satu kaedah lain yang lebih telus dilaksanakan agar anggota badan beruniform yang bertugas pada hari pengundian tidak diperalatkan.

“Anggota badan uniform seharusnya menjadi pemerhati pilihan raya dan menjaga keamanan negara bagi pihak rakyat bukannya pemimpin.

“Dengan ini,ianya dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada pihak berkuasa yang lebih telus dan berintegriti.

Lihat Komen