malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Chong Wei: Bukan saya dalam video seks itu
Diterbitkan:  Feb 13, 2018 2:50 PM
Dikemaskini: 7:18 AM
ADS

Jaguh badminton negara Lee Chong Wei menafikan terlibat dalam video seks yang tular di alam maya.

“Dia tidak nampak macam saya pun.

“Kenapa ini berlaku?

“Mungkin sesetengah orang ini ada banyak masa (untuk sebarkan video sebegitu),” beliau dipetik sebagai berkata kepada Sin Chew Daily.

Chong Wei juga mendedahkan beliau sendiri menerima video itu yang dihantar oleh pelbagai pihak.

“Kamu nak saya hantar pada kamu?” katanya berseloroh.

“Ramai orang hantar pada saya.

“Ada pelbagai jenis orang di luar saya, saya malas hendak ambil peduli.”

Carian di Internet dengan mudahnya akan mempertemukan kita dengan beberapa laman web lucah yang memuat naik video lelaki yang didakwa mirip Chong Wei itu.

Video kira-kira 11 minit itu memaparkan hubungan seks seorang lelaki dan seorang wanita.

Laporan itu muncul ketika filem berkaitan kisah hidup Chong Wei akan memasuki panggung wayang tidak lama lagi.

Malam perdana filem berkenaan yang akan diadakan pada 9 Mac depan dan bakal mencatat rekod antarabangsa apabila 30,000 orang dijangka menontonnya di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ia akan ditayangkan menggunakan layar gergasi LED bersaiz 40 meter x 17 meter.

Chong Wei bagaimanapun berkata beliau tidak akan membuat laporan polis berkaitan penyebaran video itu kerana ia bukan dia.

Bagaimanapun, beliau dilapor memberitahu The Malaysian Insight bahawa beliau akan membuat laporan polis bagi mencari siapa dalangnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan langkah itu cubaan sesetengah pihak mensabotaj filemnya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen