malaysiakini logo
story-image
ADS

WAWANCARA l Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak andaian bahawa anggota parti itu akan memberikan undi mereka kepada Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ahli PAS ini ada kesetiaan kepada parti dia. Dia mesti setia kepada parti dia.

“Dan kalau dia tak setia kepada parti dia (bermakna), dia tak layak jadi ahli PAS.

“Ahli PAS tetap akan menyokong dan memberi undi mereka pada PAS," tegasnya dalam temubual bersama Malaysiakini di pejabat agung PAS di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan bekas pemimpin kanan PAS Datuk Mahfuz Omar bahawa anggota PAS akan mengundi calon HARAPAN walaupun tidak meninggalkan parti Islam itu.

Mahfuz mendakwa perkara itu disimpulkan berdasarkan pengalaman sendiri dan trend itu kelihatan di Kedah dan Perak.

Anggota parlimen Pokok Sena itu keluar PAS hujung tahun lalu setelah dilihat tidak lagi sehaluan dengan hala tuju parti itu.

Beliau dilihat antara pemimpin kanan PAS yang terakhir berbuat demikian setelah sebahagian besar mereka lebih dahulu meninggalkan parti dan bergiat bersama parti Islam baru Parti Amanah Negara (AMANAH).

Lihat Komen