malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
SPRM tahan reman dua inspektor polis kes minta wang
Diterbitkan:  Feb 6, 2018 6:09 PM
Dikemaskini: 10:16 AM
ADS

Dua Inspektor polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman ditahan reman tiga hari bagi siasatan kes meminta rasuah untuk menyelesaikan kes dalam siasatan polis.

Majistret Siti Nabilah Abdul Rashid mengeluarkan perintah tahanan reman mulai hari ini hingga 8 Feb selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret di Putrajaya.

Menurut sumber SPRM, kedua-dua pegawai polis berkenaan yang berusia 31 dan 33 tahun itu ditahan di Petaling Jaya semalam (Isnin) dan ketika ditahan SPRM turut menyita wang tunai RM15,000 daripada mereka.

Mereka disiasat berkaitan kes pegawai polis meminta rasuah berjumlah RM40,000 daripada seorang individu sebagai ganjaran supaya individu itu tidak ditangkap berkenaan kes pelaburan yang dalam siasatan, katanya. -Bernama

Lihat Komen