malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PRU 14: Khalid perlu tetap pendirian sokong siapa, kata Azmin
ADS

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim perlu menetapkan pendirian tentang pihak yang mahu disokongnya pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

"Khalid perlu buat keputusan. Dalam politik kita mesti ada prinsip, idealisme.

"Ini sekejap (dilihat menyokong) Umno, sekejap PAS, kemudian bebas. Jika beliau mahu main peranan dalam PAS, masuk parti itu," katanya ketika ditemui selepas acara perasmian sebuah masjid di Rawang, hari ini.

Isnin lalu, Khalid menyatakan hasrat untuk membantu kempen PAS pada PRU akan datang.

Hujung tahun lalu pula, beliau yang juga anggota parlimen Bandar Tun Razak berkata sanggup untuk bekerjasama dengan Umno dalam pilihan raya.

Ketika ditanya sama ada Pakatan Harapan (HARAPAN) akan tercabar dengan tindakan Khalid, Azmin hanya berkata "tak mengapa".

"Yang penting rakyat yang menentukan," katanya lagi.
 

Lihat Komen