malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dr M insan dan pemimpin yang baik, kata Samy Vellu
ADS

Tun Dr Mahathir Mohamad adalah insan dan pemimpin yang baik, kata bekas Presiden MIC Tun S Samy Vellu.

Ahli politik veteran itu bagaimanapun berkata beliau kekal menyokong kerajaan dan enggan mengulas lanjut ketika ditanya tentang Mahathir yang dinamakan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Saya tidak akan berkata apa-apa tentang Dr Mahathir.

"Beliau adalah pemimpin dan orang yang baik, saya bekerja dengannya selama 21 tahun dan selalu meminta nasihatnya, dan dia akan memberikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di perayaan Thaipusam di Batu Caves, Kuala Lumpur, hari ini.

Samy adalah menteri yang berkhidmat kedua paling lama di Malaysia, dan sebahagian besarnya ketika era pentadbiran Mahathir.

Walaupun sentiasa menghargai dan memandang tinggi Mahathir Samy menegaskan sokongannya kekal terhadap pentadbiran sekarang yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak.

"Saya sentiasa menyokong pentadbiran sekarang.

"Jika ada yang bertanya apa pandangan saya tentang perdana menteri sekarang, jawapan saya adalah 'setuju' (dengannya)," katanya yang kini menjadi duta khas Malaysia bbagi infrastruktur ke India dan Asia Selatan.

Katanya, sokongannya itu akan diteruskan kepada perdana menteri seterusnya selepas Najib.

Lihat Komen