malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dr M: Jawatankuasa khas tentukan kerusi HARAPAN di S'gor
ADS

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan di Selangor untuk rundingan kerusi.

Ini berlaku selepas terdapat kekeliruan berhubung peranan jawatankuasa pilihan raya HARAPAN Selangor.

"Berkenaan dengan Selangor, terdapat sedikit salah faham tentang badan mana yang perlu melihat tentang agihan kerusi.

"Mereka fikir itu tugas jawatankuasa pilihan raya tetapi ia sepatutnya satu jawatankuasa khas dan kini kami telah menubuhkan satu jawatankuasa khas dan mereka akan mengambil alih dan masalah itu akan diselesaikan," kata Mahathir pada sidang akhbar di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya selepas mesyuarat majlis presiden HARAPAN hari ini.

Beliau juga berkata rasa tidak puas hati berhubung agihan kerusi di Negeri Sembilan telah diselesaikan.

Pada Ahad lalu, sekumpulan anggota BERSATU yang tidak puas telah mengganggu konvensyen Pakatan Harapan Negeri Sembilan selepas parti itu diperuntukkan jumlah kerusi paling kecil di kalangan empat parti komponen.

"Ada sedikit rasa tidak puas hati.

"Tidak ada pertubuhan tanpa sebarang masalah, tetapi kejayaan parti adalah bagaimana kita menyelesaikan masalah," kata Mahathir.

Beliau juga menyentuh mengenai rundingan kerusi HARAPN di Sabah serta kemungkinan kerjasama dengan Parti Warisan Sabah yang diketuai bekas pemimpin Umno Datuk Seri Shafie Apdal.

“Sabah kita ada parti Pakatan Harapan di Sabah, DAP dan PKR, AMANAH, tapi mereka telah mengadakan usaha kerjasama di Sabah dan mereka sedar bahawa ada parti WARISAN di situ.

“Kalau kita bertembung dengan parti WARISAN, dia rugi kita pun rugi, jadi satu jenis kerjasama mungkin akan dijalin antara WARISAN dengan HARAPAN,” kata Mahathir.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen